Pendidikan merupakan aspek penting dalam pembentukan generasi masa depan yang berdaya saing tinggi dan berkeupayaan menghadapi cabaran semasa. Dalam konteks pembelajaran sains, topik haba merupakan satu bidang yang memerlukan pemahaman yang mendalam bagi memahami prinsip-prinsip asas fizik yang berlaku dalam kehidupan harian.
Namun, kebanyakan pelajar sering menghadapi cabaran dalam memahami topik haba, yang seringkali dianggap sebagai salah satu topik yang rumit dalam kurikulum sains. Penyampaian maklumat yang kering dan kurangnya interaktiviti dalam pembelajaran sering menjadi faktor utama yang menyebabkan pelajar kehilangan minat dan kefahaman terhadap topik ini.
Dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran sains, penggunaan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) telah menarik perhatian sebagai alat bantu yang berpotensi untuk memperkukuhkan pengalaman pembelajaran pelajar. Dalam konteks ini, penggunaan komik yang berintergrasikan dengan AI telah menarik perhatian sebagai alat pembelajaran yang inovatif dan berkesan.
Komik merupakan medium visual yang menarik minat pelajar dan memudahkan pemahaman konsep-konsep sains yang kompleks. Dengan integrasi AI, komik dapat disesuaikan dengan keperluan individu pelajar, memberikan penekanan kepada aspek yang memerlukan perhatian lebih dan menyediakan penjelasan yang bersesuaian dengan tahap pemahaman pelajar.
Penyelidikan sebelum ini telah menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar dalam sains. Namun, keberkesanan penggunaan komik berintergrasikan AI dalam konteks pembelajaran topik haba masih belum banyak dikaji.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyiasat kesan penggunaan komik berintergrasikan AI terhadap pencapaian pelajar Tingkatan 4 dalam memahami topik haba. Dengan memahami kesan dan keberkesanan penggunaan teknologi ini, pengajaran dan pembelajaran sains dapat dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan pendidikan masa kini yang semakin mencabar.
Dengan demikian, kajian ini memberi tumpuan kepada pengintegrasian teknologi dalam konteks pendidikan sains, khususnya dalam pemahaman topik haba di kalangan pelajar Tingkatan 4. Melalui pemahaman yang mendalam terhadap latar belakang dan kepentingan penyelidikan ini, langkah-langkah pembangunan dan penambahbaikan dalam bidang pembelajaran sains dapat diarahkan dengan lebih tepat dan berkesan.